Blogger Widgets

Friday, 10 February 2012

''BIAR''


mata tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar


dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.


wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?


wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu


mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum


dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”


wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu


wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi


ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati


ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga


ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?


ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti




untuk lelaki yang menjadikan aku aku. kerana cintanya. kerana marahnya. kerana sempurnanya. abah. lagu di tepi.


POSTED BY FYNN JAMAL




lagu ini sangat bermakna jika dihayati dengan sepenuh hati yang tulus dan ikhlas.. lagu ini telah menceritakan tentang kasih sesorang ayah yang terlalu banyak berkorban demi kesejahteraan anaknya yang tersayang. namun, semua itu ternyata sia2 kerana anaknya tidak menghargai apa yang telah ayahandanya telah berikan.. sampai suatu mkasa kemudian dia berasa angat menyesal akan perlakuan nya yang telah lalu.. lagu ini sangat bermkna sehinggakan mampu membuatkan seseorang itu mengalirkan air mata kekesalan.. pintu kemaafan masih lagi terbuka.. berbuat baiklah kepada AYAH dan mohonlah kemaafan daripadanya sementara masih ada peluang.. AYAH!!!AYAH!!!AYAH!!! maafkan aku~



No comments:

Post a Comment